12 September, 2010 , Hari Raya Aidil Fitri Ketiga ialah satu hari bersejarah lagi kerana Majlis Perjumpaan Bekas Murid SK Selama dapat membawa bekas murid balik ke sekolah lama mereka. Pada hari ini juga, mereka dapat mengeratkan semangat silatulrahim di kalangan mereka yang hadir termasuk guru-guru lama. Walaupun bilangan bekas murid yang hadir kurang daripada tahun lepas , di kalangan mereka ialah ramai yang tidak dapat hadir dalam majlis ini pada tahun lepas. Mesyuarat Tahunan Persatuan Bekas Murid 2010 diadakan dan dipengerusikan oleh En Mohd. Roslan B. Bani Amin. Turut hadir ialah Tn Hj Abdul Rani B. Jais, YDP PIBG SK Selama, Pn Hjh Jamaiyah Bt Zakaria, Guru Besar, Tn Hjh Fuaddin , AJK Persatuan Bekas Murid SK Selama dan En Awang Lokey, bekas guru sekolah ini.
Pasti seronok menanya khabar kepada rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Setelah menjamu selera dengan hidangan yang enak , Mesyuarat Tahunan Persatuan Bekas Murid diadakan. Perkara penting dibincangkan. Antaranya ialah usaha untuk menambah keahlian persatuan ini, aktiviti-aktiviti yang menarik,
penjualan sticker kereta dan pen dan juga program-program sekolah yang penting iaitu Karnival Usahawan & ICT dan Majlis Persaraan Guru Besar.
Untuk menyenangkan bekas murid yang ingin membayar yuran keahlian iaitu RM20 atau menyumbang kepada program yang akan dianjurkan , persatuan ini akan membuka akaun di Maybank. Bendahari persatuan ialah Tn Hj Zaaba Zainuddin, Guru Cemerlang SK Sg Bayor.
Bekas murid digalakkan menjadi member di Alumni SK Selama @ Facebook Group. Untuk berkenalan
dan networking yang baik cara berkomunikasi melalui Facebook, blog dan Portal Rasmi SK Selama,
http://www.skselama.net/v7 dan blog ini .
http://www.skselama.net/v7 dan blog ini .
Oleh kerana asas persatuan bekas murid ini telah diadakan, maka ia perlu usaha gigih bekas murid sendiri untuk menerajuinya , memimpin, mengurus , merancang dan mengendalikan aktivti-aktivti yang bermanafaat.
Antara majlis yang dicadangkan ialah, "Majlis Sirih Pulang Ke Gagang" pada tahun hadapan. Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli biasa persatuan ini dijemput untuk hadir bersama dalam majlis persaraan guru besar pada 2 November. Kehadiran perlu dipastikan awal . Semua bekas murid juga dijemput untuk menghadiri Karnival Usahawan & ICT pada 23 dan 24 Okt. ini.
Persatuan Bekas Murid SK Selama akan membuka gerai untuk menjual kraftangan , batu-batu yang dilukis dengan gambar-gambar menarik , sticker kereta dan pen-pen persatuan. Terima kasih kepada bekas murid, Pn Theresa Choo dan Pn Janet Yee yang menyumbang banyak kraftangan. Keuntungan akan dimasukkan ke dalam Tabung Persatuan Bekas Murid SK Selama. Lot untuk persatuan berniaga tidak dikenakan wang penyewaan.
No comments:
Post a Comment